SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA

SEJARAH SMK AMAN JAYA

SMK AMAN JAYA-Jika disebut nama sekolah ini siapa yang tak kenal dengan maka dia bukanlah penduduk daerah Kuala Muda/Yan..SMK Aman Jaya merupakan sekolah yang amat `terkenal` kerana keganasan yang dimiliki oleh para pelajarnya sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah….

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sungai Lalang. Sekolah ini diwujudkan sebagai sebuah sekolah cawangan kepada Sekolah Menengah Bedong pada awal Januari 1983 dengan menumpang di bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa,Sungai Lalang.Setahun kemudian, apabila bilangan pelajar bertambah.Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lalang ini terpaksa berpindah dan menumpang di SRJK(Cina) Sin Kuo Min dan di Sekolah Kebangsaan Bedong,iaitu 4km dari sekolah kini.

Akhirnya pada 15 Julai 1985 baharulah pelajar Sekolah Menengah Sungai Lalang mendapat bangunan sekolah sendiri seperti yang ada sekarang ini. Pada akhir tahun 2007 sekolah telah menerima peruntukan daripada kerajaan untuk membina kemudah-kemudaha baru seperti pembinaan Blok F dan lain-lain kemudah yang akan menyusul. Kini sekolah telah menerima sistem (CCTV) daripada Kementerian Pelajaran bagi memantau aktiviti para pelajar. Pada tahun 1994, Sekolah Menengah Sungai Lalang telah menukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya atau nama ringkasnya SMK Aman Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Lalang.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya memiliki 1352 pelajar lelaki dan 1341 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2693 orang. Ia mempunyai seramai 139 orang guru.

VISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA AKAN MENJADI AMAN,JAYA DAN CEMERLANG MENJELANG 2015.

MISI

MENGAMALKAN PENGURUSAN YANG BERKUALITI DAN TELUS. MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR DARI SEGI KUALITI DAN KUANTITI.  MEMPERKEMBANGKAN POTENSI PELAJAR DALAM BIDANG KOKURIKULAM. MEMANTAPKAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR. MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN SELAMAT.


‘ILMU ASAS KEJAYAAN’

AMAN JAYA SEKOLAH TERCINTA
BERBUDAYA CEMERLANG
BERDISIPLIN BERAKHLAK MULIA
MENUJU KAJAYAAN

KAMILAH PUTERA PUTERI SEJATI
WAJA DIRI DAN SEHATI
MELANGKAH DENGAN PENUH PASTI
DEMI KEJAYAAN KAMI

PADA TUHAN KAMI POHONKAN
BERILAH KAMA KEKUATAN
IBUBAPA KAMI TAATI
GURU KAMI HORMATI

DI BIDANG SUKAN DAN PELAJARAN
BERFIKIR BOLEH MELAKUKAN
AMAN JAYA DAPAT BUKTIKAN
ILMU ASAS KEJAYAAN

Pengetua kini bernama Tuan Haji Ismail Bin Othman





Comments